Monday, May 14, 2007

Umno Parti Sekular

Sunday, 17 September 2006


“Al-Quran itu bukan hanya untuk disimpan sebagai azimat semata-mata, bukanlah untuk disimpan dalam perpustakaan untuk dilihat sekali-sekali, tetapi sebenarnya al-Quran itu perlu sentiasa dibaca kerana ia adalah penawar dan memberi kita pengajaran berkaitan sejarah silam dan kisah Nabi dan Rasul,” demikian kata Presiden Umno pada sidang media selepas merasmikan pameran ‘Al-Quran: Kesucian Seni Wahyu & Ilmuan Islam’ di Muzium Kesenian Islam Malaysia (Berita harian,9 September 2006).Sekali imbas kata-kata Perdana Menteri Malaysia ini tiada salahnya kerana ada unsur pengagungan terhadap Al-Quran. Bagaimanapun,jelas di sini bahawa Islam itu sudah di batas apresiasinya kepada empat hikmah terhad sahaja iaitu untuk di baca,di jadikan penawar,sejarah dan kisah–kisah Nabi dan Rasul. Samaada ia di sengajakan atau tidak, jelas di sini bahawa al-Quran ini tidak di hubungkan sedikit pun oleh Presiden Umno dengan fungsi asasinya bermatalamatkan ‘hudhallil muttaqiin’ seperti yang di gariskan dengan jelas oleh Al-Quran berbunyi, “kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa.’(Al-Baqarah Ayat 1). Setelah mendapat petunjuk ,Al-Quran semestinya bertujuan untuk di laksanakan. Apa erti petunjuk jika amalan memerintah negara tidak di buat mengikut petunjuk? Tidakkah menolak petunjuk samalah juga dengan seorang buta yang menolak tongkat ?Bagaimana pihak yang sesat tidak bertongkat hendak di jadikan ikutan? Allah SWT. seterusnya menegaskan lagi bahawa “Kami tidak turunkan Al-Quran ini kepadamu agar kamu menjadi celaka.”(Thoha Ayat 2). Maknanya disini,dengan melaksanakan petunjuk Al-Quran dalam konteks negara, negara itu akan di rahmati dan jauh sekali dari beroleh kecelakaan. Takutkan kecelakaan itulah Kelantan berikhtiar sehabis mampu untuk melahirkan insan yang bertaqwa untuk “Membangun Bersama Islam”.Soalnya di sini, kita sudah 49 tahun merdeka. Selama ini apa layanan Umno terhadap Al-Quran sebagai sebuah sistem dan peraturan hidup terbaik yang wajib di laksanakan dalam segenap cabang pemerintahan? Apa jaminan Umno menggunakan faham nasionalis yang menolak Quran dan membuat undang-undang sendiri untuk selamatkan rakyat dari kemurkaan Allah SWT ? Sesungguhnya,Umno tidak mempunyai “locus standi” sedikit pun untuk pandai-pandai membuat undang-undang yang tidak selari,bahkan mencanggahi undang-undang Allah SWT. selaku Tuan Punya alam. Menurut Al-Quran,dunia ini bersambung dengan akhirat. Segala aktiviti kita dalam pelbagai lapangan hidup di dunia adalah di catat dalam dua salinan. Ia tertulis di kertas pendua di mana salinannya dalam segenap perkara ada di failkan dalam fail peribadi setiap orang dari kita di bilik fail di akhirat. Soalnya selamatkah rakyat yang tidak dididik dengan semangat iman dan taqwa oleh kerajaannya di akhirat kelak jika menolak peraturan Allah? Jika di dunia pun,sudah tampak kegawatan dan semakin tidak selamanya planet bumi, maka lebih teruk lagilah keadaan kita di akhirat jika terus menerus menolak hukum Allah. Jika di perhatikan betul-betul, Presiden Umno sendiri pun sedang menjadikan Al-Quran ini sekadar tangkal azimat buat partinya yang kebangsaan itu untuk menghalau hantu dan pontianak. Pengajaran yang di ambil dari perjuangan Nabi-Nabi hanyalah untuk di telaah di perpustakaan,di hafal dan di hiasi dalam bingkai berkhat dan di jadikan teks-teks ucapan. Meniru perangai penjajah, Umno kurung Al-Quran di masjid,surau dan musolla. Jika Umno buat-buat kasihkan Al-Quran sekalipun, ia di lakukan dalam kerangka perlembagaan negara tinggalan penjajah yang sekular. Merdekakah ini apabila tangan dan kaki rakyat di paksa berjalan di atas sistem yang memisahkan pemerintahan dengan Agama?Sebenarnya,saya ada bukti kukuh untuk menuduh Umno tidak jujur dengan pelaksanaan Islam. Baru minggu lepas, Dato’ Seri Menteri Pelajaran kita ada membuat kenyataan ini: “Apabila anda campurkan agama dan politik,ia adalah sesuatu yang tidak boleh di maafkan. Saya tidak akan bertolak ansur dengan hujah sedemikian.’(Berita Minggu,3 September 2006).Pendirian ini sekular sepenuhnya Jika sudah itulah pendirian Menteri Pelajaran Malaysia yang akan tentunya mensekularkan pula seluruh generasi pelajar, maka khilaf lagikah untuk kita ramalkan bahawa Malaysia sedang menempuh satu masa depan yang sehabis gelap serta menuju jalan mati selagi di perintah oleh Umno. Dengan kata-kata ini, bersesuaian sangatlah kata-kata Perdana Menteri Malaysia untuk meletakkan ayat-ayat Quran itu di mangkuk–mangkuk suci; sekadar layak dijadikan air penawar. Kisah Nabi Musa menentang Firaun atau Nabi Ibrahim menentang Namrud di sisi Umno nampaknya cumalah tidak lebih dari secebis kisah teater persis sebuah telemovie Leftenan Adnan, Lantai T. Pinkie atau Puteri Gunung Ledang. Seolah-olah, hadirnya kisah Nabi-Nabi itu hanya untuk tujuan pengkisahan lalu di nazam,di nasyid dan di marhaban saja-saja di musim bulan mengambang. Ia bukan untuk di kutip moral pengajarannya demi menegakkan hak dan mengelak kezaliman. Jika ada pihak cuba menafikan hujah saya ini,izinkan saya bertanya tiga soalan mudah disini iaitu; pertama, apa beza Firaun yang menuduh Musa dan Harun sebagai cuba mengusir Pemerintah (Firaun) lalu berkonspirasi sulit untuk menghukumnya(semak maksud Surah Thoha Ayat 62 & 63) dengan amalan Umno yang kononnya mencintai Nabi tetapi masih gemar menuduh mangsa ISA lalu menyumbatnya terus ke penjara tanpa di berikan hak di mahkamah untuk di bela? Kedua, beza sangatkah sikap pihak berkuasa Musyrik Makkah yang mengepung bantuan ekonomi kepada Nabi Muhamad SAW dengan amalan diskriminasi Umno ke atas penyokong gerakan Islam. Ketiga,apa bezanya perangai Abdullah bin Ubai yang menentang Nabi SAW secara bawah tanah dengan setengah-setengah pemimpin Umno yang mengisytihar Islam Hadhari dan Negara Islam tetapi menolak pelaksanaan Islam dan melawan gerakan Islam?Dengan contoh-contoh ini,sangat jelas yang Umno cuma gemar mengakui kesucian Al-Quran sekadar di kertas. Bagi kami, PAS telah menjalankan amanah dengan menghulurkan lampu.Rupanya Umno pula cukup gemar memadam lampu. Rupanya “dia” selesa bergelap dan suka merayap di malam gelap.

Nik Abd.Aziz Nik Mat,Menteri Besar Kelantan.

1 comment:

Anonymous said...

Infatuation casinos? anatomize this advanced [url=http://www.realcazinoz.com]casino[/url] introduce to and wing it adulterate online casino games like slots, blackjack, roulette, baccarat and more at www.realcazinoz.com .
you can also do research our watchful [url=http://freecasinogames2010.webs.com]casino[/url] shepherd at http://freecasinogames2010.webs.com and be sincere au courant discern !
another late-model [url=http://www.ttittancasino.com]casino spiele[/url] conspire is www.ttittancasino.com , pro german gamblers, order a goof in manumitted online casino bonus.